16.7.11

''Orang tua-tua kata, bila bulan mengambang, kita tak
boleh puji bulan tu cantik''

''Saya susah nak faham awak, sebab awak ni makin
lama makin merumitkan''

''Awak seorang yang complicated, warna awak
sering berubah-ubah''

''Saya sebenarnya nak tahu lagi banyak pasal awak,
tapi makin banyak saya tahu makin banyak yang saya
tak tahu''

''Awak dulu warna merah, tapi sekarang awak berubah jadi
warna biru, awak tak suka menonjolkan diri, dan perasaan
awak sering berubah-ubah. Pendirian awak tak tetap''

Saya berubah kerana sebab tertentu. Sebab itulah
saya jadi yang sekarang ni. Dan tak tahu bbila saya mahu
berubah ke warna merah semula.

''Saya tahu, awak berubah disebabkan seseorang kan?''

*ketawa kecil, dalam hati: macam mana tahu seh ==''

''Awak terlalu mempercayainya, sealu mengadu masalah kat dia,
semua masalah dan benda awak share dengan dia. Tapi bila
dia dah tak de, awak tukar menjadi biru. Awak memendam perasaan
awak. Betul tak?''

*terdiam, dalam hati: mcm mana semua dia tahu ni....

''Awak masih tunggu dia?''

Hm. Tak kot. Entah lah. Tak tak. Tak akan tunggu.
Sebab.. Entah lah, susah nak cerita.

Saya tahu, dalam hati awak kata YA.

Tak. Betul. Sebab even.. Entah lah. Even dia datang balik
pun, nothing can change. He is not him.

...................................................................................................

''Awak selalunya pergi ke tandas pukul 12.30 malam,
tapi paling lambat pun awak pergi dalam 1.45 pagi, before
pukul 2. Sebab awak takut kan nak pergi after pukul 2 pagi''

''Sains melibatkan Islam, tapi dalam Islam tiada istilah Sains''

''Orang pandai yang nak pandai, mesti rajin. Orang rajin yang
nak rajin, mesti pandai''

''Awak pernah tengok tak semut?''

Pernah. Kenapa?

''Semut tu, macam mana dia boleh angkat roti
yang besar daripada dia?''

Dia bekerjasama lah dengan yang lain. Jadi?

''Lepas dia dah angkat roti tu, diaorang tak makan
roti tu kan. Awak tahu dia buat apa dengan roti tu?''

Err. Diaorang bagi kat permaisuri diaorang lah.

''Lepas diaorang bagi permaisuri, permaisuri tu
kongsi tak makan dengan diaorang?''

Tak. Jadi?

''Saya cuba nak jelaskan kat sini, tak semua masalah yang
kita kongsi, kita boleh selesaikan. Jadi tak semua
masalah yang kita ada, kita boleh share dgn orang lain'''

*terdiam

30.6.11

MALAYA VERSION.

Saya seorang yang mudah mengalah dalam perebutan.
Itulah saya.

Saya seorang yang sanggup mengalah, walaupun disakiti.
Itulah saya.

Saya seorang yang sanggup memendam sehingga saya
larat.
Itulah saya.

Saya seorang yang tidak kisah walaupun sesuatu itu memudaratkan
diri saya.
Itulah saya.

Saya seorang yang lurus, sehingga terlibat dalam penipuan besar.
Itulah saya.

Saya seorang yang mudah mempercayai seseorang,
itulah saya.

Saya seorang yang mudah menyerahkan hati,
itulah saya.

Saya seorang yang sangat setia, sehingga memudaratkan diri.
ITULAH SAYA.